Thursday, March 18, 2010

Penunjuk perasaan sanggup simen tangan


GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Britain menunjukkan salah satu tangan seorang penunjuk perasaan (dalam bulatan) disimen di Stokes Croft, Bristol.


BRISTOL, England - Penduduk Bristol kini mempunyai cara yang lebih kreatif semasa melakukan tunjuk perasaan iaitu dengan meletakkan tangan di dalam simen, melekatkan diri di dinding dengan menggunakan gam dan duduk di atas bumbung bangunan, lapor sebuah akhbar semalam.

Semua aksi itu dilakukan oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang membantah pembinaan sebuah pasar raya Tesco di sini.

Dalam tunjuk perasaan itu, dua orang menyimen tangan mereka menyebabkan anggota-anggota keselamatan terpaksa menggunakan tukul serta cangkul untuk memecahkannya.

Penganjur protes, Claire Milne yang berusia 33 tahun dan tinggal di Stokes Croft menyatakan beliau menerima 2,000 poskad yang menyokong kempen anti-Tesco.

"Kawasan ini memiliki ciri-ciri yang unik dan dipenuhi dengan kedai-kedai persendirian. Kami tidak mahu pasar raya menjual makanan yang tidak sihat." tambahnya.

Namun jurucakap Tesco memberitahu: "Pasar raya kami akan menyediakan kira-kira 20 pekerjaan baru dan kemudahan beli-belah buat penduduk tempatan."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: