Sunday, March 21, 2010

Peniaga menang 100,000 mata bonus


MAT SUPIAN (tengah) bergambar bersama pemenang, Wan Mohamad Dzari (kiri), Keng Yeow (dua dari kiri) dan Mohd. Zain (tiga dari kanan) pada majlis penyampaian hadiah di Stesen Minyak Petronas Padang Tembak, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Itulah detik gembira seorang peniaga di sini apabila memenangi hadiah mingguan ‘Peraduan Petronas RM2 Juta Untuk Dimenangi Setiap Minggu’ pada minggu keempat selepas dilancarkan pada 29 Januari lalu.

Wan Mohamad Dzari Wan Ya’acob yang merupakan seorang peniaga dari Tanah Merah menerima wang tunai RM10,000 dan 100,000 mata ganjaran kad Mesra.

Hadiah tersebut disampaikan oleh Pengurus Jualan Runcit Petronas Wilayah Timur, Mat Supian Salleh di Stesen Minyak Petronas Padang Tembak di sini semalam.

Menurut Wan Mohamad Dzari, pada mulanya beliau tidak percaya memenangi peraduan tersebut selepas dimaklumkan kali ketiga oleh pihak Petronas Kota Bharu.

“Saya kemudiannya membuat semakan di Internet untuk mendapat pengesahan dan terkejut apabila nama saya disahkan sebagai pemenang hadiah pertama mingguan.

“Sebahagian wang ini saya akan guna sebagai modal tambahan untuk mengembangkan perniagaan,” katanya ketika ditemui pemberita.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: