KEJAYAAN penembak negara Nur Suryani Mohd Taibi (gambar) memenangi pingat perak acara 10 meter air raifal wanita dalam Piala Dunia di Sydney, kelmarin mungkin dianggap sesuatu amat membanggakan tetapi ia masih belum melayakkannya menyertai program Road to London 2012, sekurang-kurangnya tidak buat masa ini.
Apatah lagi jelasnya atlit berkenaan masih gagal melepasi saingan di peringkat Sukan Sea, dengan tugasan terakhir di Sukan Sea Vientiane hanya membolehkannya meraih pingat gangsa acara individu dan perak untuk acara berpasukan.
“Nur Suryani adalah antara atlit yang diharapkan meraih pingat emas di Sukan Sea tetapi gagal, malah di Korat dia meraih pingat emas dalam acara berpasukan saja dan bukannya individu seperti yang diharapkan.
“Road to London meletakkan tahap yang tinggi sebelum seseorang atlit itu boleh menyertainya. Kita tidak mahu sekiranya dia berada dalam program ini dan tidak mempamerkan persembahan konsisten, orang mula mempertikaikan kedudukannya,” katanya.
Barisan Road to London yang dilancarkan Februari tahun lalu dengan 17 atlit kini dibarisi 21 atlit iaitu Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Fairuzizuan Tazari, Mohd Zakry Latif, Wong Mew Choo, Wong Pei Tty, Chin Eei Hui dari sukan badminton selain atlit lumba basikal iaitu Josiah Ng Onn Lam, Mohd Azizulhasni Awang, Mohd Rizal Tisin, Muhd Edrus Mohd Yunus dan Junaidi Mohd Nasir.
| |
Ia turut menampilkan empat atlit memanah iaitu Cheng Chu Sian, Wan Mohd Khalmizam Wan Abd Aziz, Ariff Farhan Ibrahim Putra dan Fazli Hisham Fauzi manakala sukan terjun mempertaruhkan Bryan Nickson Lomas, Yeoh Ken Nee, Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong.
Begitupun, beliau mengharapkan kejayaan atlit berusia 27 tahun itu akan melonjakkan semangat untuk memberikan persembahan konsisten dan menghasilkan pingat di Sukan Komanwel New Delhi, Oktober ini dan Sukan Asia Guangzhou pada bulan berikutnya.
Soal pencapaian konsisten menjadi perkara pertama yang disentuh Zolkples terhadap skuad menembak kebangsaan memandangkan mereka kelihatan cemerlang dalam kejohanan di peringkat dunia tetapi gagal menangani tekanan di peringkat Sukan Sea.
Malah beliau menjelaskan perkara sama turut berlaku kepada penembak Olimpik Beijing, Hasli Izwan Amir Hassan yang gagal meraih emas di Sukan Sea Vientiane meskipun meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Menembak Polis Sedunia di Kuwait malah berjaya memecah rekod kebangsaan dalam kejohanan di negara ini.
“Mungkin tekanan berbeza dalam kejohanan mempengaruhi prestasi mereka. Pada saya, atlit perlu kekal konsisten,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: