Wednesday, March 17, 2010

Nak Kahwin Perempuan Indon Kena Ada RM170,000!

image image image image image image 

JAKARTA: Rakyat asing yang ingin berkahwin dengan wanita Indonesia dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak 500 juta rupiah (RM170,000), syarat baru diperkenalkan kerajaan republik itu untuk menjaga kebajikan wanitanya.

Wang itu yang perlu dibayar kepada sebuah bank Islam tempatan adalah sebagai jaminan nafkah kepada wanita terbabit sekiranya perkahwinan berkenaan berakhir dengan perceraian.

Syarat itu terkandung dalam Draf Rang Undang-Undang Perkahwinan yang sedang dirangka dan mendapat sokongan kuat Majlis Ulama Indonesia (MUI), lapor berita di laman web dan Jakarta Post.

Bagaimanapun, syarat itu hanya membabitkan lelaki asing yang mahu mengahwini wanita Indonesia dan tidak kepada lelaki tempatan yang mengahwini wanita asing. ‘Syarat baru’ perkahwinan itu menyusuli kontroversi beberapa hari lalu mengenai cadangan mengenakan denda atau penjara kepada pasangan tidak mendaftarkan diri selepas berkahwin atau lelaki berpoligami walaupun tiada larangan dalam Islam.

imagePerkahwinan campur antara wanita Indonesia dan lelaki asing terutama dari Asia Barat menjadi amalan biasa di negara itu, kebanyakannya membabitkan pelakon dan penyanyi pop.

Mengikut draf rang undang-undang itu, wang berkenaan dibayar kepada sebuah bank Islam, dan akan diberikan kepada wanita terbabit sekiranya suami mengabaikannya dan anak-anak atas sebab yang tidak dinyatakan.

Wang itu hanya boleh dikeluarkan selepas perceraian dan digunakan untuk memastikan kebajikan keluarga dan anak-anak wanita terbabit sehingga mereka berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, undang-undang itu tidak diguna pakai bagi perkahwinan campur antara lelaki Indonesia dan wanita asing. Dalam kes itu, suami tidak diminta membayar wang dan isteri yang ditinggalkan terpaksa menanggung diri sendiri.

Ketua MUI, Amidan Kiai Hajj adalah antara penyokong kuat rang undang-undang itu kerana ia memastikan kebajikan isteri dan anak-anak selepas sesuatu kes cerai.

Pemimpin Islam itu menyatakan sokongannya berdasarkan beberapa insiden yang berlaku di Kalimantan.

Di wilayah itu, ramai rakyat Indonesia mengahwini pekerja asing dalam sektor pertanian dan industri yang akan kembali ke negara mereka jika hilang kerja dan meninggalkan keluarga tempatan tanpa sebarang nafkah. - Agensi

15 comments:

  1. Bagus sangat lah tu pemerintah Indon, jual pompuan... tak cukup bukak Batam.... seluruh kepulauan Indon punya pompuan nak dijualnya!

    ReplyDelete
  2. indon memang mata duitan...

    ReplyDelete
  3. kalau pompuan macam agnes monica tu sanggup jugaklah cari duit rm170ribu tu, tapi buatnya pompuan macam maid tu...rasa2nya tak kot!

    ReplyDelete
  4. aku rasa lama2 pompuan indon akan jadi anak dara tualah gamaknya hehe..

    ReplyDelete
  5. undang2 kuku besi takdak pakai otak...

    ReplyDelete
  6. jgnla jual rossa ngn acha..huhu

    ReplyDelete
  7. ewah2... mcm2 undang2 negara indon ye.... mcm2 ada.... pasni ape lg mrka hdk dr negara kita malaysia...ermm....

    ReplyDelete
  8. Waduh2..Perempuan indon bukanya bagus2.Coba pergi ke Jakarta..maksiat secara terang-terangan.Kalau lah ALLAH belahkan bumi dengan gempa memang la patut..

    ReplyDelete
  9. undang-undang RM170,000 ditujukan ke rakyat Malaysia!

    ReplyDelete
  10. yang dia tahu nak kaut duit orang Malaysia aje...

    ReplyDelete
  11. memang la rm 170 ribu ditujukan khas untuk org malaysia sbb orng malaysia banyak yg kaya raya, jutawan ,billioner,kat negara diorang tu bnyak yg papa kedana .. so berbangga la jd rakyat malaysia

    ReplyDelete
  12. patutnye malaysia buata mcmtu juge,sbb ramai laki indon kawin ngn gadis malaysia n bawak lari kesana..senang je..

    ReplyDelete
  13. buat apa malaysia buat undang-undang bodoh camnie...biar indon terus dengan undang-undang mangkuk hayun camnie... dulu dia buat undang2...sapa-sapa yang nak keluar negeri kena bayar denda.... sekarang ini pula...hahaha indon2...

    ReplyDelete
  14. sedarlah wahai jantan m'sia yg org indon hanya mahu mengikis duit..belambak minah m'sia yg blh buat bini.

    ReplyDelete
  15. haha..lawak tol la..blom tentu minah indon yg diorang nak kawen ni anak dara buang doit ja sampai banyak tu beh baik hantar org tua p mekah...mcm bagus!!!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: