Wednesday, March 3, 2010

Mewah & istimewa

KURMA biasanya dinikmati ketika Ramadan kerana menjadi sunnah memakan buah itu terlebih dulu apabila berbuka puasa.

BAHAN...dulang bulat Cocotwig emas (saiz sederhana), minuman botol Bateel sparkling kurma, pilihan kurma premium Bateel, biskut kurma, coklat premium, reben, gunting, pita pelekat dan plastik jernih pembalut hadiah.
BAHAN...dulang bulat Cocotwig emas (saiz sederhana), minuman botol Bateel sparkling kurma, pilihan kurma premium Bateel, biskut kurma, coklat premium, reben, gunting, pita pelekat dan plastik jernih pembalut hadiah.

HAMPAR...plastik jernih pembalut hadiah dihamparkan atas dulang dan bahagian luar dipotong sedikit. IKAT...gunakan reben untuk membuat reben di bahagian telinga dulang. LETAK...letakkan minuman botol atas hamparan plastik dan ambil lebihan plastik tadi dan sumbatkan ke dalam dulang untuk dijadikan tapak. BALUT...tampal pita pelekat ke atas gumpalan plastik supaya kemas dan kemudian, balut sekali lagi dengan plastik. SUSUN...kurma disusun mengelilingi dulang hingga menghampiri botol minuman. LAPIS...pilihan kurma berlainan warna disusun dan ulang langkah menggunakan biskut kurma. MAKIN SEDIKIT...susunan coklat pula berada di bahagian kedua paling akhir dan bilangannya makin berkurang. PENUHKAN...ruang kosong yang ada dipenuhkan dengan pilihan coklat dan lebihan plastik kemudian dipotong ikut saiz dulang. BALUT LAGI...kemudian balut semula bahan yang disusun tadi menggunakan plastik pembalut yang lebih besar. KEMASKAN...plastik pembalut dipotong mengikut acuan dulang dan pastikan lebihan plastik dilekatkan sebaik mungkin supaya bahan tidak masuk angin untuk kekalkan kesegarannya.


HAMPAR...plastik jernih pembalut hadiah dihamparkan atas dulang dan bahagian luar dipotong sedikit.
Bagaimanapun, kini ia makin dipromosikan hingga ada pasangan pengantin baru menjadikannya sebagai sebahagian daripada hantaran mewah pelengkap majlis perkahwinan.


Itulah antara kelainan yang disediakan Bateel Asia, satu-satunya francais kurma yang dibawa khas dari Timur Tengah.


Malah, Bateel Asia turut menyediakan pelbagai pilihan coklat dan biskut kurma bagi memudahkan pelanggan mendapatkan bahan untuk dijadikan gubahan hantaran.


Setiap gubahan yang dibuat adalah mengikut bajet yang ditetapkan pelanggan sendiri, lebih banyak bahan digunakan maka harganya juga meningkat.


Pelanggan juga boleh menyatakan idea mengikut trend terkini bentuk gubahan yang diingini agar bersesuaian dengan konsep dimahukan.

Ikuti langkah penyediaan gubahan hantaran dulang bulat Cocotwig yang disediakan Ketua Pembangunan Perniagaan Bateel Asia, Fadli Tazial Abas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: