Tuesday, March 2, 2010

Lindsay makin sembam

GAYA hidup Lindsay Lohan mungkin telah menjejaskan kecantikannya.
Ketika ditemui di lapangan terbang Los Angeles sebelum berlepas ke Eropah minggu lalu, wajah bekas bintang kanak-kanak itu kelihatan sembam dan bengkak.

pix_middle
Selebriti berusia 23 tahun itu jelas memerlukan istirehat secukupnya.


Dia baru saja kembali ke Los Angeles selepas menghabiskan masa berparti di London.


Dan Khamis lalu, dia berlepas semula ke Eropah untuk mempromosikan koleksi pakaiannya. Dan setakat ini, tidak ada tanda-tanda perjalanannya dari benua ke benua akan terhenti dalam masa terdekat ini, walaupun jika rancangannya untuk berhijrah ke London menjadi kenyataan.


Dalam laman Twitternya minggu lalu, Lindsay menyuarakan hasratnya itu kerana keadaan lebih baik di bandar raya berkenaan.


Dan ketika dia masih menghabiskan masa berfoya-foya di kelab malam. selebriti itu mendakwa dia tidak lagi menagih dadah atau minum arak berlebihan.

Katanya, kehidupannya kini semakin sihat. Bagaimanapun, beberapa rakan kurang yakin dengan kenyataannya setelah melihat gelagatnya selepas membuat kenyataan itu.


Sebaik pulang ke Los Angeles dari London dan Atlantic City di New Jersey, Lindsay meneruskan kegiatannya berparti hingga dinihari tiga malam berturut-turut.


Selasa lalu, selebriti bermasalah itu tiba di Bardot Hollywood pada jam 1 pagi, tempat bekas kekasih lesbiannya, Samantha Ronson, 32, menjadi deejay. Menurut sumber, sumber, Samantha meminta pengawal berada di sisinya sehingga Lindsay meninggalkan kelab itu. “Dia tidak mahu pergi. Dia menunggu Sam (Samantha) hingga awal pagi. Lindsay cuba menghubungi Sam menerusi mesej pesanan ringkas (SMS) tetapi bekas teman wanitanya itu tidak mengendahkannya.


“Sam langsung tidak memberi ruang untuk Lindsay berbual dengannya. Memang jelas dia cuba mengelak menemui selebriti itu,” kata sumber berkenaan.


Kejadian sama berlaku malam sebelum itu, di Teddy’s, di Hotel Hollywood Roosevelt. Sam berada di situ, juga kerana menjadi deejay. Lindsay meminta meja berhampiran Sam tetapi permintaannya ditolak.


“Dia kelihatan terlalu mabuk ketika tiba,” kata saksi kepada majalah People.


Aktres itu sekali lagi keluar berparti Rabu lalu, seorang diri di Chateau Marmont, Hollywood Barat. Kali ini, Sam tidak kelihatan.


Rakan Lindsay begitu bimbang terhadap tingkah lakunya yang tidak letih berparti sejak kebelakangan ini.


“Dia perlukan bantuan. Dia perlu menyelesaikan masalahnya. Dia tidak menjaga dirinya,” kata seorang rakan.


Sementara itu, bapanya, Michael Lohan berkata, dia begitu bimbang terhadap masalah yang dihadapi Lindsay dan mahu membantunya walaupun dia dituduh menjadi punca Lindsay beralih kepada arak dan dadah.

“Dia cuba menyembunyikan masalahnya dengan menjadikan perceraian saya dan ibunya sebagai alasan,” kata Michael ketika mengulas tuduhan Lindsay, Satu sumber lain memberitahu majalah People, Michael muncul di apartmen Lindsay di Los Angeles sekembalinya selebriti itu dari London.


“Tetapi Lindsay memanggil pihak keselamatan untuk mengusir bapanya. Dia juga menghubungi peguamnya untuk memastikan Michael tidak mendekatinya.


Meskipun demikian, Krisi Kaylor yang menguruskan koleksi pakaian 6126 Lindsay, menolak dakwaan bintang itu bermasalah. “Dia memberi kerjasama baik kepada 6126 dan tidak pernah menimbulkan masalah,” kata Krisi.


“Dia baru selesai memperagakan koleksi baru. Saya tidak tahu nak cakap apa mengenainya kecuali berkata saya tertarik dengan sikap bertanggungjawabnya. Dan saya juga akui dia pereka yang berbakat.” Lindsay baru-baru ini berada di Milan untuk menghadiri majlis seni anjuran Armani dan terbabit memperagakan pakaian rekaan pereka itu. f “Lindsay tidak tahu letih. Dari satu bandar ke bandar. Dari satu kelab malam ke kelab malam. Dia perlu memperlahankan seditkit kegiatannya dan memberi waktu untuk membolehkan dia berfikir mengenai hala tujunya,” kata seorang rakan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: