Monday, March 8, 2010

Kumpulan Kecik juara Raja Lawak

SHAH ALAM: Kumpulan Kecik dinobatkan juara Raja Lawak musim ke-4, mengenepikan dua peserta lain, Idlan dan Alex dalam peringkat akhir yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, di sini, malam tadi.

SYABAS...juara Raja Lawak Musim Ke-4, Kumpulan Kecik (tengah) bersama Idlan (kiri) dan Alex  serta hadiah masing- masing.
SYABAS...juara Raja Lawak Musim Ke-4, Kumpulan Kecik (tengah) bersama Idlan (kiri) dan Alex serta hadiah masing- masing.
Dengan kemenangan itu, kumpulan dari Sabah yang dianggotai Safuan Madeaming, 20 (Wan) dan Mohd Ilham Rusdy, 19, (Achoe) membawa pulang trofi, wang tunai RM14,000, sebuah kereta Naza Sorento, set karaoke Arezzo Hoffman, TV Plasma 42’ dan peti sejuk Haier serta jam tangan Hugo Boss. Tempat kedua, dimenangi peserta yang berasal dari Kedah, Khairul Idlan Abd Razak (Idlan), 21, yang membawa pulang trofi, wang tunai RM11,000, sebuah kereta Naza Optima, set teater rumah Arezza Hoffman, TV Plasma 42’ Haier dan jam tangan Hugo Boss. Alexander Ahat atau Alex, 28, pula memenangi tempat ketiga. Pemuda berasal dari Papar, Sabah itu memenangi motosikal Naza Blade 250R, sebuah trofi, wang tunai sebanyak RM8,000, set teater rumah Arezzo Hoffman, TV Plasma 42’ Haier serta jam tangan Hugo Boss. Hadiah disampaikan pelawak veteran Datuk Jamali Shadat.

1 comment:

  1. aku nak komen banyak ni...aku adalah sorg penggiat teater kat Universiti..aku melihat kepada bakat2 finalis raja lawak musim ni lansung tiada bakat..mereka tidak akan dapat menyumbang apa2 kepada industri..pelawak bukan nye membodohkan diri mcm org bangang kat ats pentas..tetapi pelawak adalah mereka yg boleh melontarkan setiap patah perkataan dengan gelak ketawa para penonton..korg semua bukan pelawak..tetapi org bodoh yg memalukan diri di ats pentas sahaja.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: