Tuesday, March 16, 2010

Kelindan lori didakwa dera budak


KERATAN Kosmo! 5 Mac.


PETALING JAYA - Beberapa hari selepas seorang pemandu teksi didakwa membunuh kanak-kanak Syafiah Humairah Sahari, semalam seorang kelindan lori pula didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mendera sehingga mati kanak-kanak berusia 18 bulan, K. Harresvaran.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada M. Rajamorgan, 33, yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terhadap bayi malang itu di taman permainan kanak-kanak Pangsapuri Vista Damansara, Jalan Kenanga, Kampung Sungai Ara, Petaling Jaya antara pukul 9.40 malam hingga pukul 10.10 malam pada 4 Mac lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: