Monday, March 22, 2010

Jolie enggan terbang bersama Pitt


JOLIE menjalani penggambaran filem The Tourist di Venice pada Rabu lalu.


LOS ANGELES - Pelakon Angelina Jolie dan kekasihnya, Brad Pitt enggan terbang bersama dalam satu penerbangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Jolie dan Pitt tidak mahu enam anak mereka menjadi yatim piatu jika berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa dalam penerbangan, misalnya nahas kapal terbang.

Rahsia bintang filem Mr & Mrs Smith itu terbongkar apabila kedua-duanya telah menempah tiket berasingan berharga US$200,000 (RM895,000) untuk menaiki pesawat Virgin Galactic ke angkasa lepas.

Jolie, 34, akan terbang dengan penerbangan pertama tahun ini bersama-sama tujuh penumpang lain manakala Pitt, 45, akan menaiki pesawat yang kedua.

Syarikat Virgin Galactic menyediakan perkhidmatan penerbangan ke angkasa lepas yang disediakan untuk golongan yang berkemampuan.

Jolie buat masa ini menjalani penggambaran filem The Tourist di Venice, Itali.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: