Monday, March 22, 2010

Jennifer benci hidup solo


JENNIFER LOVE HEWITT


PELAKON cantik yang juga merupakan penulis buku The Day I Shot Cupid, Jennifer Love Hewitt yang baru sahaja berpisah dengan kekasihnya, Jamie Kennedy memberitahu dia kurang gemar membawa gelaran wanita solo.

Terputusnya hubungan dia dan Jamie selepas setahun bersama telah membuat wanita berusia 31 tahun ini penasaran. Tetapi Jennifer menafikan dirinya terdesak untuk mencari pasangan baru.

"Saya hanya kurang gemar untuk hidup sendiri. Saya juga bukan jenis wanita yang suka pergi ke kelab malam atau berparti.

"Saya juga tidak pandai keluar dengan banyak lelaki misalnya hari Isnin saya keluar dengan lelaki lain. Kemudian hari Rabu saya bersama lelaki yang lain pula. Itu memang bukan saya," katanya kepada majalah People.

Jennifer kemudian menambah: "Saya adalah wanita yang sukakan komitmen dan begitu menjaga hubungan saya. Jadi kalau ada segelintir wanita yang seronok hidup solo, ia tidak berlaku kepada saya."

Ditanya tentang perpisahannya dengan Jamie yang juga merupakan heronya dalam drama bersiri Ghost Whisperer, Jennifer memberitahu mereka berpisah hasil persetujuan bersama.

"Kami tidak bergaduh, tidak juga bersedih atau bermusuh. Perpisahan kami membawa kepada hubungan persahabatan. Malah kami sama-sama dapat mengenal dan menjadi manusia yang lebih matang dalam hubungan atau kehidupan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: