Tuesday, March 9, 2010

Ibu sedih tapi lega anak mengaku salah


Zaharah Atan


SEREMBAN - "Saya sedih sebaik mendengar Rasidi mengaku bersalah, namun saya juga sebenarnya sudah menjangkakan perkara itu."

Demikian luahan, Zaharah Atan, 59, selepas anaknya, Rasidi Ismail mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan membunuh empat sekeluarga termasuk bapa dan adiknya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh pada 5 Januari lalu.

Walaupun sedih, dia bersyukur dan lega kerana akhirnya Rasidi mengaku apa yang telah dilakukannya.

Namun sebagai seorang ibu, dia berdoa agar hukuman yang bakal dijatuhi terhadap anaknya itu akan diringankan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: