BAITULMUQADDIS - Askar-askar Israel menembak mati dua penduduk Palestin semalam di sebuah pos kawalan di Awarta berhampiran Nablus selepas mereka cuba menikam seorang askar rejim Zionis.
Pembunuhan itu menjadikan angka penduduk Palestin yang ditembak mati meningkat kepada empat orang dalam tempoh 24 jam. Jurucakap Palestin, Ghassan Khatib menganggap kematian itu sebagai tempoh 24 jam yang paling berdarah di Tebing Barat.
"Dua penduduk Palestin dibunuh selepas cuba menikam seorang askar yang sedang meronda dekat Awarta, barat daya Nablus.
"Beberapa askar lagi melepaskan tembakan ke arah penyerang menyebabkan mereka mati," kata seorang jurucakap tentera Israel.
Media Israel melaporkan bahawa kedua-dua penyerang itu menyatakan diri mereka sebagai petani sebelum menikam seorang askar.
Awarta ialah sebuah pos pemeriksaan tentera yang mengawal kemasukan barang-barang ke Nablus.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: