![]() |
| Ringkas tapi klasik dengan Dr. Denim. |
SEMPENA sambutan ulang tahun yang pertama Butik Materiel, ia turut melancarkan dua lagi jenama aksesori iaitu Vita dari Itali dan Headquarter dari Thailand.
Label Headquarter yang mementingkan kualiti potongan ini mula diperkenalkan pada umum pada tahun 2004.
Ia mula mendapat tempat di hati penggemar fesyen apabila sering menyertai pertunjukkan fesyen di Perancis, Norway, Korea Selatan, China dan Jepun.
Di bawah dua label baru ini, Materiel juga berbangga kerana koleksi aksesorinya daripada label Vita seperti gelang emas 24 karat diperagakan oleh selebriti antarabangsa seperti Fergie, Katy Perry dan Rihanna.
Mengumpulkan pelbagai lagi jenama di bawah satu bumbung, butik Materiel dengan bangganya mengumumkan pencapaian beberapa jenama yang mula mendapat tempat di hati penggemar fesyen.
Namun yang lebih menyerlah bagi Materiel ialah jean yang diberi label Dr. Denim yang dibawa khas dari Sweden.
Selain Dr. Denim jenama Federation Clothing yang dibawa dari New Zealand juga turut menjadi pilihan anak-anak muda yang suka bersosial.
Tidak lupa label dari Singapura, Nicholas yang dibawa khas oleh perekanya Nicholas Wong. Jenama ini bagi mereka yang menggemari sesuatu yang eksklusif dari warna hitam.
Bagi penggemar baju T pula 2K by Gingham dari Amerika Syarikat memberikan anda lebih banyak pilihan terutama sekali untuk anak muda yang gemarkan kelainan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: