De Niro memuji aktres Meryl Streep yang tidak mahu menjalani kosmetik surgeri untuk kelihatan mudaAKTOR veteran Robert De Niro berpesan kepada semua aktor dan aktres sebaya dengannya agar tidak cuba membuat apa-apa perubahan pada wajah mereka.
De Niro memuji aktres Meryl Streep yang tidak mahu menjalani kosmetik surgeri untuk kelihatan muda.
Pelakon handalan yang popular dengan filem 'Taxi Driver' dan terkenal kerana lakonannya yang mantap dan bersahaja, dia tidak akan sekali-kali bersetuju untuk membuat pembedahan muka untuk membuang kedutan di wajahnya.
De Niro menyarankan semua aktres tua supaya mengikut jejak langkah Streep yang enggan kelihatan muda.
Dia memberitahu majalah The Times,"Ia tidak logik langsung. Bagaimana anda boleh membawa watak muda sedangkan anda sudah tua. Lihat saja Meryl Streep, dia tidak akan membawa watak begitu dna memeprbodohkan dirinya.
"Mejadi tua adalah satu proses semula jadi dan ianya adalah sesuatu yang natural. Kita perlu menerima hakikat itu kerana kita tidak ada pilihan."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: