Monday, March 8, 2010

David mahu rumah Clooney


DARI belakang: Victoria memimpin Brooklyn manakala Beckham memimpin Romeo.


PEMAIN bola sepak terkenal, David Beckham dilaporkan mahu membeli rumah Itali George Clooney. David bersama isterinya, Victoria Beckham telah menghabiskan masa selama beberapa hari di vila aktor itu di Laglio, Lake Como tahun lalu.

Mereka berada di sana apabila David bermain untuk pasukan AC Milan dan kini berharap untuk membeli hartanah mewah itu yang mempunyai 30 bilik selepas pelakon Burn After Burning itu membuat keputusan untuk menjualnya.

Menurut sebuah surat khabar Itali, David memberitahu kawannya: "Saya telah jatuh cinta dengan kawasan pendalaman yang indah. Ia sungguh aman, tenang dan berdekatan dengan Milan. Rumah agam itu sesuai untuk keluarga saya."

Namun, pasangan itu yang mempunyai tiga orang anak, Brooklyn, 10, Romeo, 7 dan Cruz, 5, berdepan dengan saingan daripada jutawan Rusia, Tariko Roustam, 47 yang dikatakan menawarkan £30 juta (RM151 juta) untuk hartanah tersebut - 10 kali ganda daripada harga tawaran George.

Cuma dipercayai rundingan antara David sedang dijalankan dan keluarga popular itu diyakini bakal memiliki rumah tersebut. Bidaan David juga mendapat sambutan baik daripada datuk bandar Laglio, Roberto Pozzi.

Katanya: "Ia satu perkara yang menyedihkan jika George berpindah kerana dia sudah menjadi sebahagian daripada masyarakat di sini. Kami menyukai dia kerana George seorang yang ramah. Saya juga tahu keluarga Beckhams datang bercuti di vila itu pada musim panas lalu.

"Jadi jika George benar-benar mahu berpindah, saya berharap keluarga Beckhams boleh membeli rumah itu kerana mampu mengekalkan status glamor Laglio."

Semenjak George membeli rumah itu dengan nilai £10 juta (RM50 juta) pada tahun 2002, nilai hartanah di kawasan itu telah meningkat secara mendadak. George dan teman wanitanya, Elisabetta Canalis difahamkan ingin membeli rumah di Loreto Island, bandar Pisogne berdekatan dengan Como.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: