Thursday, March 18, 2010

Dapat jutaan pound kerana gugurkan kes


SWITALSKI


LONDON - Seorang peguam di Britain, Gillian Switalski bersetuju menerima ganti rugi berjuta-juta pound sterling setelah bersetuju menggugurkan saman terhadap bekas majikannya berhubung gangguan dan diskriminasi jantina, lapor sebuah akhbar semalam.

Switalski, 53, sebelum ini menuntut pampasan £19 juta (RM96.6 juta) setelah mendakwa menjadi mangsa buli dan diskriminasi jantina oleh pihak pengurusan kanan Pengurusan Aset F&C selama 18 bulan sehingga dia mengalami trauma dan gangguan mental.

Dia menerima ganti rugi itu menerusi satu penyelesaian di luar mahkamah dengan bekas majikannya.

Wanita berkenaan menerima gaji £140,000 (RM711,823) setahun sebagai ketua hal-ehwal perundangan F&C yang menguruskan aset mencecah £102 bilion (RM518.5 bilion).

Menurutnya, dia tidak diberi waktu kerja anjal bagi menjaga dua anaknya yang kurang upaya seperti rakan sekerja lelaki, diminta menyerahkan sijil kematian ibunya setelah bercuti kerana kematian mengejut pada 2006 dan banyak lagi layanan buruk yang diterima daripada pihak pengurusan F&C.

Switalski meletak jawatan pada September 2007 setelah membuat aduan rasmi berhubung buli, gangguan dan diskriminasi di sebuah tribunal Britain dan memenangi kesnya setahun kemudian.

Bagaimanapun, F&C didakwa sengaja memanjangkan kes itu dengan mengemukakan siri rayuan dan permohonan semakan semula kes sehingga menyebabkan dia hampir muflis akibat kos peguam dan mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: