Tuesday, March 16, 2010

Daftar haji di Bank Rakyat

BANK Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) dan Lembaga Tabung Haji (TH) terus mengukuhkan jalinan kerjasama dengan pelancaran Perkhidmatan Uniteller TH di Bank Rakyat.

KERJASAMA...Kamaruzaman (dua dari kiri) bersama Kamarudin (dua  dari kanan) melancarkan Perkhidmatan Uniteller TH di ibu pejabat Bank  Rakyat, semalam.
KERJASAMA...Kamaruzaman (dua dari kiri) bersama Kamarudin (dua dari kanan) melancarkan Perkhidmatan Uniteller TH di ibu pejabat Bank Rakyat, semalam.
Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat, berkata melalui kerjasama itu, pelanggan bank berkenaan kini dapat melakukan transaksi kewangan TH dan pendaftaran haji di 124 cawangan Bank Rakyat di seluruh negara.


Beliau berkata, sebelum ini, pendeposit TH hanya boleh mendeposit tunai, melakukan pengeluaran dan memindahkan tunai melalui rangkaian elektronik mesin juruwang (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) Bank Rakyat.


Menurutnya, sehingga ini, 135,000 akaun TH sudah disepadukan dengan Bank Rakyat.


“Ramai pendeposit masih melakukan transaksi melalui kaunter TH. Kami berharap menarik semua lima juta pendeposit TH untuk menyepadukan akaun masing-masing kerana ia akan memudahkan mereka,” katanya selepas pelancaran perkhidmatan itu di ibu pejabat Bank Rakyat di Jalan Tangsi, Kuala Lumpur, semalam.


Katanya, sejak kerjasama itu bermula pada 2008, lebih 31,000 transaksi TH sudah dilakukan melalui ATM dan CDM Bank Rakyat dengan purata nilai RM26 juta sebulan.


Antara perkhidmatan yang boleh dilakukan di kaunter Bank Rakyat ialah pembukaan akaun baru pendeposit TH, simpanan wang dan cek, pengeluaran wang, kemas kini buku akaun simpanan dan pindahan wang. Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Kamarudin Mat Ali berkata, ketika ini, TH mempunyai lebih lima juta pendeposit mewakili 30 peratus daripada jumlah rakyat beragama Islam di negara ini. “Justeru, kami berharap jumlah pendeposit itu dapat ditingkatkan kepada 50 peratus lagi menjelang 2013,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: