Tuesday, March 23, 2010

Comelnya How To Train Your Dragon

Menonton filem terbaru Dream Works Animation, How To Train Your Dragon membuat hati begitu teruja dengan kecomelan dan kehebatan jalan cerita yang digarap tanpa menimbulkan kebosanan di hati. Filem yang diadaptasi daripada buku Cressida Cowell mengisahkan seorang remaja Viking, Hiccup (Jay Baruchel) yang hidup bersama sekumpulan Viking yang hidup dengan memburu naga dan diketuai ayahnya sendiri, Stoick the Vast (Gerald Butler).

Namun segalanya berubah apabila Hiccup terjumpa seekor naga yang cedera yang kemudiannya menjadi sahabat baik dan dinamakan Toothless. Naga yang selama ini disangka jahat dan liar sebenarnya adalah makhluk yang manja. Hiccup bagaimanapun berdepan dengan tugas berat untuk membuktikan naga yang dianggap pemusnah oleh puaknya adalah haiwan yang sepatutnya dilindungi dan disayangi.

Pengarah, Chris Sanders dan Dean Deblois cukup bijak mengadunkan elemen hati dan perasaan di dalam filem ini sehingga dirasakan perhubungan yang wujud antara Hiccup dan Toothless seakan-akan hidup. Mangga Online bagaimanapun cukup teruja melihat keletah Toothless yang cukup comel namun bertukar ganas apabila Hiccup kesayangannya berdepan kesukaran.

How To Train Your Dragon turut menggunakan suara America Ferrera, Jonah Hill, Christopher Mintz-Plasse, Kristen Wiig dan T.J. Miller. Saksikan filem comel yang telahpun mula disiarkan di pawagam seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment