Tuesday, March 9, 2010

CIMB yakin pertumbuhan pinjaman 2010 capai 12%

KUMPULAN CIMB Berhad (CIMB) menyasarkan pertumbuhan pinjaman yang lebih tinggi tahun ini iaitu peningkatan 12 peratus berbanding hanya lapan peratus pada 2009.

BARU...Nazir melancarkan produk pelaburan berstruktur CIMB sambil disaksikan Lee, semalam.
BARU...Nazir melancarkan produk pelaburan berstruktur CIMB sambil disaksikan Lee, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Nazir Razak, berkata unjuran itu berdasarkan persekitaran ekonomi yang lebih baik tahun ini daripada pelbagai sektor seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS), gadai janji, pinjaman peribadi serta kad kredit. Menurutnya, momentum pertumbuhan kali ini lebih baik bersandarkan persekitaran ekonomi yang lebih baik. “Selain PKS, momentum sektor gadai janji dijangka menjadi pemacu pertumbuhan pinjaman selain pinjaman peribadi dan kad kredit yang dijangka menyumbang kepada peningkatan dalam permintaan pinjaman,” katanya selepas pelancaran produk pelaburan berstruktur CIMB di Kuala Lumpur, semalam. Beliau yakin peningkatan kadar faedah yang diumumkan baru-baru ini tidak akan menjejaskan pertumbuhan pinjaman. Menurutnya, CIMB Bank dan CIMB Islamic akan meningkatkan kadar asas pemberian pinjaman (BLR) dan kadar asas pembiayaan pinjaman (BFR) masing-masing 25 mata asas dari 5.55 peratus kepada 5.8 peratus berkuat kuasa hari ini. Katanya, perubahan dalam kadar BLR dan BFR itu berdasarkan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) 25 mata asas. Menurutnya, selain BLR dan BFR, dengan pengumuman itu juga CIMB Bank dan CIMB Islamic akan meningkatkan kadar simpanan dan deposit tetap sehingga 25 mata asas. Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbendaharaan dan Pelaburan Kumpulan CIMB, Datuk Lee K Kwan, berkata produk pelaburan konvensional itu mensasar membayar purata pulangan terkumpul minimum pendapatan tetap tahunan 4.88 peratus setiap dua tahun selama 10 tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: