LONDON: Cheryl Cole memberi masa enam bulan sebagai ‘tempoh bertenang’ kepada dirinya sebelum memutuskan sama ada terus menceraikan suaminya, Ashley Cole atau tidak.
MASIH CINTA...Cheryl muncul kali pertama di pentas sambil menayangkan tatu di tengkuknya, kelmarin.
Kegelisahan Cheryl turut dapat disaksikan umum apabila dia muncul di atas pentas tanpa memakai cincin perkahwinan ketika menjayakan persembahan Sports Relief TV malam kelmarin.
Pada masa sama, tatu bertulis Mrs Cole jelas kelihatan pada tengkuk Cheryl apabila penyanyi itu muncul dengan mengikat kemas rambutnya.
Sumber berkata, Cheryl sebenarnya boleh memilik stail rambut lain dan menutup tatu berkenaan.
“Nampaknya, ketika ini dia masih menganggap dirinya isteri Cole,” katanya.
| |
Sumber berkata, Cheryl membuat keputusan bertenang seketika sebelum memilih langkah muktamad selanjutnya.
“Di hatinya, dia sedar perkahwinan dengan Cole bakal berakhir, tapi cintanya kepada pemain bola sepak itu masih ada.
“Cheryl memberi dirinya masa enam bulan sebelum memulakan sebarang prosedur rasmi.
“Tempoh itu bermakna dia akan membuat tindakan selepas Piala Dunia berakhir, sekali gus memberi sedikit kelegaan kepada Cole,” katanya semalam.
Sementara itu, beberapa pihak menganggap hubungan Cheryl dan Cole, 29, menunjukkan sedikit harapan sejak akhir-akhir ini.
Walaupun hujung minggu lalu Cole dihalau Cheryl dari rumahnya, sumber memberitahu, kelmarin pemain pertahanan England dan Chelsea itu nampak lebih ceria.
“Memang Cole sedar keadaan tidak berubah dan dia tidak boleh pulang, namun, dia yakin harapan masih ada,” katanya.
Dalam persembahan amal malam kelmarin, Cheryl menyampaikan lagu terbarunya, Parachute.
Ia adalah kemunculan yang pertama dilakukannya sejak menghadapi krisis rumah tangga dengan Cole.
Rakan Cheryl berkata, jika penyanyi itu memutuskan mahu menceraikan Cole, kemungkinan besar maklumat mengenainya tidak akan terdedah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: