Tuesday, March 2, 2010

Cheryl takut hidup solo

LONDON: Walaupun kelihatan nekad mahu hidup solo, Cheryl Cole akhirnya mengaku dia kini dibayangi ketakutan untuk hidup sendirian.

TAK KEKAL LAMA...Cole dan Cheryl bakal membawa haluan masing-masing selepas berumah tangga tiga setengah tahun.
TAK KEKAL LAMA...Cole dan Cheryl bakal membawa haluan masing-masing selepas berumah tangga tiga setengah tahun.
Penyanyi kumpulan Girls Aloud itu berkata, selepas sekian lama bersuami, dia tidak dapat membayangkan bagaimana dia harus menjalani hidup tanpa Ashley Cole.

Cheryl bertekad mahu mengetepikan Cole, 29, selepas pemain pertahanan England dan Chelsea itu didedahkan berlaku curang dengan lima wanita lain.

Sumber berkata, Cheryl kini berunding dengan peguam terkemuka, termasuk Fiona Shackleton yang pernah mewakili Paul McCartney, untuk mengendalikan kesnya.


Cheryl juga bercadang menukar semula namanya kepada Tweedy untuk memadamkan terus kesan Cole daripada hidupnya.

Katanya, Cheryl mengaku sukar menerima kenyataan dia hilang pasangan selepas enam tahun bersama Cole.

Cheryl berkata, dia tahu keputusan diambilnya tepat dan yakin lambat-laun dia mampu mengatasi ketakutan itu.

Cheryl meluahkan perasaan selepas Cole menghubunginya bertalu-talu melalui panggilan telefon dan mesej pesanan ringkas untuk memujuknya.

Dipercayai, Cole curang kali pertama pada 2004, iaitu pada malam sama dia mengumumkan hubungan istimewanya dengan Cheryl.


Mereka akhirnya berkahwin sehinggalah Cheryl memutuskan untuk mengetepikan Cole seminggu lalu.

Sumber berkata, penyanyi itu tidak mengharapkan apa-apa daripada kekayaan Cole yang bergaji RM413,240 seminggu sebagai pemain Chelsea.

“Cheryl hanya mahu dua anjing chihuahua peliharaan mereka, Coco dan Buster,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: