Friday, March 5, 2010

Adik ipar dijadikan tebusan


SEORANG anggota polis (tengah) cuba merampas pisau daripada lelaki yang menjadikan adik iparnya sebagai tebusan di Wuxi kelmarin.


BEIJING - Sekali imbas satu kejadian di Wuxi, China seperti babak cemas dalam sebuah filem Hollywood.

Namun penduduk di bandar itu gempar apabila seorang lelaki bertindak menjadikan adik iparnya sebagai tebusan kelmarin.

Kejadian berlaku apabila lelaki yang cuma dikenali sebagai Hu dan berusia 35 tahun bertindak ganas akibat pengaruh dadah yang diambil di rumah keluarganya pada malam Selasa lalu.

Dia dibawa oleh wanita itu ke sebuah rumah rakannya kelmarin selepas ibu bapanya berasa bimbang dengan penagihan anak mereka.

Hu yang pernah memiliki rekod jenayah tiba-tiba dihantui perasaan takut setelah tersilap faham apabila menyangka ibu bapanya telah dibunuh.

Lelaki itu menculik adik iparnya itu sebelum mengacukan sebilah pisau di lehernya.

Wanita tersebut kemudian menjerit untuk meminta pertolongan.

Adik iparnya sempat melepaskan diri semasa seorang anggota polis bergelut dengannya sebelum dia ditangkap.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: