Tuesday, March 9, 2010

7-Eleven perkenal kopi pelbagai jenis bulan Mei

KUALA LUMPUR - Bagi penggemar kopi, anda kini boleh mendapatkan minuman tersebut di lebih 150 rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven seluruh negara mulai Mei depan.

Pengarah Eksekutifnya, Ng Su Onn berkata, terdapat pelbagai jenis minuman berasaskan kopi termasuk mocha, cappucino dan espresso boleh dibeli pada harga serendah RM2.20 untuk cawan bersaiz kecil manakala RM2.90 untuk minuman bersaiz besar.

"Orang ramai pastinya akan menyukai kopi yang diperkenalkan 7-Eleven kerana ia menggunakan biji kopi segar berkualiti tinggi yang dikisar dari Amerika Selatan seperti dari Brazil dan Bolivia," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Su Onn, minuman tersebut akan disediakan melalui sebuah mesin khas yang diimport dari Amerika Syarikat dan ia amat mudah digunakan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: