
PENDUDUK Kampung Tanjung Punai, Kuantan mengaminkan doa
memohon keselamatan di kawasan rumah mereka.
memohon keselamatan di kawasan rumah mereka.
KUANTAN - Lapan keluarga terdiri daripada 30 orang bakal merempat apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Tanjung Punai di sini akan dirobohkan pemaju dalam tempoh dua minggu bagi membina sebuah kawasan perindustrian.
Pada dasarnya, kerja-kerja meroboh rumah-rumah setinggan di situ telah pun dilakukan namun ia terpaksa dihentikan setelah penduduk membuat protes secara aman semalam.
Wakil kumpulan penduduk terbabit, Tengku Bahakeri Shah Tengku Mahmud berkata, mereka yang sudah lebih 30 tahun menetap di kampung itu menerima notis mengosongkan rumah kali terakhir daripada mahkamah pada Ogos 2009.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: