![]() |
| Alexandratou |
ATHENS - Cakera video digital (DVD) lucah penyanyi pop terkenal Greece, Julia Alexandratou, 23, dijual sebanyak 240,000 keping dalam tempoh 10 hari dengan jualan kasar AS$6.9 juta (RM22.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Berita itu menjadi tumpuan kerana Greece kini bergelut untuk melunaskan hutang sebanyak AS$405.7 bilion (RM1.3 trilion).
Penyanyi yang pernah menyanyi lagu The Target is Cash itu berkata: "Ia merupakan satu skandal terbesar di Greece. Buat pertama kalinya seorang selebriti Greece melakukan perbuatan seperti itu dan ia diketahui umum."
Menurutnya, video itu merupakan rakaman peribadi dirinya.
Filem lucah selama 45 minit itu menunjukkan Alexandratou berada di sebuah kolam renang dan melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki.
Laman perkongsian sosial Twitter dan beberapa blog turut membincangkan isu DVD penyanyi tersebut.
Sejumlah gajet seks dan lilin seperti bentuk badan Alexandratou kini dijual di pasaran ekoran larisnya jualan DVD itu.
Pengurus penyanyi itu berkata, dia akan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang identitinya akan diketahui pada hari perkahwinannya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: