
Kumpulan seramai 13 anggota ini merupakan kumpulan vokal nyanyian terbesar di dunia telah memberikan persembahan bertenaga untuk penonton yang hadir.
Super Junior yang diterbangkan khas oleh Redstar Presents Sdn Bhd serta Marctensia ini ternyata tidak menghampakan peminat mereka apabila mendendangkan 35 lagu popular mereka.
Dengan bantuan pentas yang besar, Super Junior punya cara tersendiri menawan peminat mereka yang datang seawal pagi. Dari awal hingga akhir persembahan, mereka berjaya membuatkan stadium bergegar dengan sorakan serta nyanyian seiring daripada peminat mereka.
Tidak hanya berbekalkan rupa, tetapi Super Junior berjaya menawan hati penonton dengan props yang dibawa dari Korea. Konsert yang menelan belanja sebanyak RM6 juta ini turut diselang seli dengan video klip mereka.
Super Junior yang ditubuhkan empat tahun lalu ini sudah pun menghasilkan 19 album serta membuat pelbagai persembahan termasuk di Jepun, China dan Taiwan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: