
BUKAN lagi rahsia apabila aktres terkenal, Umie Aida kini sedang membilang hari untuk bergelar isteri kepada tunangnya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. Umie yang baru saja menyambut ulang tahun ke-37 pada 17 Januari lalu juga tidak lagi ‘menyorokkan’ arjuna hatinya itu.
Bersama tunangan yang berusia 47 tahun itu, Umie meraikan majlis ulang tahun terakhirnya sebagai wanita solo dalam majlis sederhana yang turut dihadiri keluarga dan teman terdekat.
Lebih daripada menyambut majlis ulang tahun, Umie yang tidak menerima hadiah mahal tetapi hanya menerima sejambak bunga daripada tunangnya yang mesra dipanggil Abang, memberitahu tentang persediaan pernikahan yang dijangka berlangsung pertengahan Februari depan.
Umie saat ditanya tentang lokasi pernikahannya yang khabarnya bakal dilangsungkan di Kota Suci Mekah juga tidak menafikan atau mengiyakan dakwaan tersebut. Sebaliknya aktres ini hanya berkata: “Saya juga ada angan-angan sendiri. Saya lebih selesa menjalankan upacara akad nikah hanya dihadiri keluarga rapat di tempat yang saya impikan.”
HABHIB: Selamat ulang tahun Umie. Kami dimaklumkan, Umie bakal bernikah pada pertengahan Februari depan. Khabarnya Umie memilih Tanah Suci Mekah sebagai lokasi ijab kabul dengan Abang. Betul ke?
UMIE: (Tergelak kecil). Jangan risau kerana saya tetap akan beritahu kepada pihak media tentang majlis pernikahan ini apabila sampai masanya nanti. Cuma biarlah semua persiapan untuk majlis ini selesai dulu. Lagipun buat apa saya hendak sorokkan lokasi dan tarikh pernikahan daripada wartawan dan peminat. Insya- Allah, ada dua atau tiga teman media yang akan hadir sama menyaksikan majlis ijab kabul saya. Kosmo! juga dijemput kalau mahu ikut sama.
![]() |
| KHAIRUDDIN dan Umie Aida khabarnya bakal bernikah di Mekah pada pertengahan Februari ini. |
U: Senang saja untuk saya menjawab soalan ini. Setiap manusia ada impian masing-masing. Setiap daripada 1000 orang manusia di muka bumi ini ada keinginan untuk direalisasikan dalam hidup. Saya juga ada angan-angan sendiri. Saya lebih selesa menjalankan upacara akad nikah hanya dihadiri keluarga rapat di tempat yang saya impikan. Kerana itulah saya tidak berani hendak komen tentang lokasi majlis ini. Saya enggan cakap dulu tentang majlis ini kemudian tidak berjalan seperti yang dirancangkan. Kalau semuanya selesai dengan izin Allah, barulah saya umumkan lebih lanjut tentang upacara pernikahan ini.
Bagaimana dengan persiapan untuk majlis pernikahan ini?
U: Alhamdulillah, setakat ini sudah menjangkau 80 peratus. Untuk majlis resepsi pula, saya akan menyarungkan pakaian rekaan Jovian Mandagie manakala lokasinya masih dalam perbincangan. Saya bersyukur sebab semua berjalan dengan lancar hasil bantuan ahli keluarga dan kawan-kawan yang tidak jemu membantu saya.
Berdebar atau tidak untuk menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat ini?
U: Rasa biasa-biasa saja. Saya masih keluar rumah seperti biasa. Cuma dalam darah manis sekarang, maka saya tidak lakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti biasa dilakukan sebelum ini.
Sebenarnya, apa yang membuatkan Umie memberikan kebenaran pihak media merakamkan gambar Abang?
U: Sebenarnya sudah banyak kali Abang datang dalam majlis-majlis tertentu. Tetapi pada waktu itu tiada seorang yang kenal dia. Lagipun pada waktu itu, saya sendiri tidak berikan kebenaran untuk merakamkan wajah Abang kerana kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Tetapi, saya benarkan jurugambar ambil gambar Abang pada majlis doa selamat sempena hari jadi baru-baru ini atas desakan kawan-kawan yang mahu saya memperkenalkan Abang sendiri secara rasmi selepas Abang tidak hadir pada majlis pertunangan kami tempoh hari.

Maksudnya selepas ini bolehlah pihak media melakukan sesi fotografi bersama?
U: Untuk sesi fotografi rasanya tidak sesuai walaupun selepas ini kami sudah berkahwin. Saya lebih suka dia menumpukan perhatian terhadap dunianya sendiri. Bidang seni merupakan dunia saya. Biar apa jua yang berlaku, saya rasa, biar hanya cerita saya sahaja yang keluar dilapor media, bukannya membabitkan Abang.
Bagaimana dengan perjalanan karier anda selepas berkahwin kelak. Adakah anda akan memperlahankan rentak lakonan dan menumpukan fokus sebagai penerbit?
U: Saya tetap akan berlakon seperti dahulu kerana lakonan adalah cinta saya. Malah Abang juga tidak sesekali menghalang niat saya untuk terus bergelar pelakon, asalkan saya bijak membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga. Dia juga tidak pernah mengongkong saya. Cuma selepas ini kalau boleh, saya mahukan watak yang lebih bagus berbanding sebelum ini. Tentang kerja di belakang tabir, itu sudah pasti.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: