
Namun di sebalik keistimewaan itu, tugasnya jauh lebih mencabar, menuntut komitmen dan kesungguhan, selain keupayaan mencerap maklumat dengan baik, pantas dan berkesan. Demi memastikan media televisyen terus relevan dan berupaya menyaingi saluran media lain terutamanya Internet, penyampai TV generasi baru haruslah memiliki kredibiliti yang tinggi.
Justeru TV3 tampil mencari barisan pengacara generasi baru menerusi program Top Host 2010. Pencarian bermula dari 16 hingga 31 Januari 2010.
Ia terbuka kepada warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 28 tahun yang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, serta mempunyai perwatakan yang menarik. Sekiranya anda beraspirasi untuk menjadi pengacara berkaliber dan menjadi warga Sri Pentas, inilah kesempatan anda. Penyertaan boleh dibuat menerusi laman web TV3 atau kiriman pos.
Cara penyertaan Top Host 2010 adalah seperti berikut, hantarkan resume anda bersama koleksi gambar terkini, Kemudian, perkenalkan diri anda menerusi rakaman video (VCD atau DVD) selama 1 minit dan lengkapkan sebuah esei ringkas tidak melebihi 150 patah perkataan “Saya adalah Top Host 2010 kerana ...” dan hantarkan penyertaan kepada pihak TV3.
Untuk maklumat lanjut, layari ;aman web www.tv3.com.my/tophost2010. Tarikh tutup bagi penyertaan ialah pada 31 Januari 2010. Mereka yang layak akan dihubungi penerbit.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: