
Seperti yang berlaku terhadap dua selebriti itu, Tony juga mendakwa gedung itu menggunakan gambarnya untuk tujuan komersial bagi mempromosi jualan gedung itu tanpa pengetahuan dan kebenaran bertulis daripadanya.
“Saya dapat tahu mereka menggunakan gambar saya pada hujung 2008 lagi. Bukannya saya keseorangan, tapi ketika itu mereka menggunakan gambar saya bersama Diana Johor yang pernah disiarkan untuk sebuah majalah di negara ini. Saya dah pun hantar peguam berbincang dengan pihak mereka dan kalau boleh saya nak selesaikan kes ini di luar mahkamah. Namun ternyata mengecewakan kerana reaksi mereka seolah-olah tidak mengendahkan perkara ini.
“Saya kesal dengan apa yang dilakukan mereka. Apa yang saya lihat, gedung ini tak pernah serik-serik menggunakan artis kita untuk kepentingan mereka. Mungkin denda yang dikenakan oleh pihak Mahkamah terlalu sedikit dan lihat sahaja apa yang berlaku ke atas Eja, dia hanya menerima pampasan sebanyak RM20,000, sedangkan itu jumlah yang terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan keuntungan yang diterima oleh syarikat yang besar seperti mereka. Sebab itulah mereka tak serik-serik.
“Terus-terang, saya bukanlah mahukan sangat wang atau pampasan mereka. Tapi demi maruah dan martabat artis di seluruh negara ini, saya harus ‘menyaman’ mereka supaya tidak akan ada syarikat mahupun individu lain lagi yang akan sewenang-wenangnya mengambil kesempatan ke atas artis seperti kami,” katanya yang memfailkan saman terhadap syarikat gedung tekstil berkenaan di Pejabat Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, petang semalam.
“Perkara seperti inilah membuatkan artis kita tak boleh cari makan. Perkara ini akan membuatkan kita susah untuk menjadi duta produk lain kerana menyangka kita sudah menjadi duta untuk produk itu,” katanya dengan nada kesal.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: