Friday, January 8, 2010

Tiada subsidi untuk rakyat asing - Warganegara asing beli minyak ikut harga pasaran mulai 1 Mei


WARGA asing tidak dapat lagi membeli minyak bersubsidi di negara ini mulai 1 Mei depan.




PETALING JAYA - Warganegara asing tidak lagi akan menikmati subsidi petrol yang disediakan kerajaan mulai 1 Mei ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar).

"Pada masa sekarang semua mendapat subsidi, termasuk warga asing, tetapi mulai 1 Mei nanti pembelian menggunakan MyKad akan diperkenalkan dan hanya warganegara layak mendapat subsidi," katanya.

Menurut Ismail, bagi warganegara pula, bukan semua akan menikmati subsidi seperti sekarang kerana subkategori akan diperkenalkan dengan hanya kumpulan sasaran akan mendapat subsidi.

"Subsidi petrol bagi yang layak akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan mereka dengan tumpuan diberikan pada golongan berpendapatan rendah yang kebiasaannya menggunakan kapasiti enjin rendah," katanya selepas merasmikan identiti korporat baru bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd.

Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: