
SATU lot tanah.
Itu janji pengurus pasukan T-Team, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said kepada barisan pemainnya andai berjaya melangkah ke final Piala Malaysia musim ini.
Malah, Rahin yang juga Pengerusi Jawa- tankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu sedia mempertimbangkan habuan lain kepada T-Team jika berjaya mencipta sejarah dengan muncul pasukan berstatus kelab pertama menjuarai kempen Liga Super.
"Dalam kita mengejar kejayaan, kita juga mahu menjaga kepentingan dan masa depan semua pemain dalam pasukan ini.
"Sebab itu kita merasakan hadiah berupa satu lot tanah adalah paling sesuai demi men- jamin kehidupan yang lebih baik buat pemain selepas mereka bersara kelak.
"Namun, mereka perlu buktikan dengan membawa pasukan ini mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini," jelas Rahin pada majlis makan malam bersama pemain dan pengurus pasukan T-Team di Kuala Terengganu kelmarin.
Mengenai peluang T-Team dalam kempen Liga Super musim ini, Rahin optimis pasukan kendalian Che Ku Marzuki Che Ku Mohd. Noor itu mampu memberi saingan sengit walaupun akan beraksi tanpa khidmat penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar yang berhijrah ke Kelantan.

"Kita tidak perlu bimbang kerana pasukan ini masih memiliki barisan penyerang yang baik. Kita ada Haris (Mohd. Haris Safwan) yang merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana tahun lalu.
"Kita juga ada penyerang baru dari skuad Kuala Lumpur iaitu Abdul Hadi Yahya. Jadi, saya yakin pasukan ini tidak akan berdepan masalah terutama di bahagian serangan," tambah Rahin lagi.
Begitupun, beliau tetap mengingatkan para pemainnya agar sentiasa menanam sema- ngat berpasukan yang tinggi di atas padang dan sentiasa mengambil berat soal stamina dan konsistensi.
"Jika semua itu ada dalam diri pemain dan perancangan yang kita atur sejak tahun lalu menjadi, maka tidak mustahil untuk kita berada di puncak kejayaan," ujarnya.
Untuk rekod, T-Team yang merupakan pasukan dari Persatuan Bola Sepak Kuala Terengganu, melonjak ke saingan Liga Super musim ini selepas muncul naib juara pada kempen Liga Perdana tahun lalu.
Sebagai pertaruhan, T-Team bakal diperkuatkan dengan kehadiran tujuh muka baru termasuk empat pemain dari skuad Liga Super Terengganu iaitu Ismail Faruqi Ashari, Shahrul Ezrain Samsudin, Mohd. Shaz- lan Alias dan Ahmad Shahril Zakaria.
Pengalaman bekas pemain kebangsaan, Rosdi Talib, Syamsuri Mustafa dan Subri Sulong turut ditagih pasukan T-Team dalam misi memburu kejayaan sulung dalam kempen Liga Super musim ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: