Friday, January 8, 2010

Staf bank saman Singer RM3 juta


MOHD. NASIR (kanan) bersama Zubairi selepas memfailkan saman RM3 juta terhadap Singer di Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Seorang kakitangan sebuah bank di sini memfailkan saman berjumlah RM3 juta terhadap syarikat Singer Sdn. Bhd. kerana dipercayai menyalahgunakan namanya tanpa persetujuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Mohd. Nasir Wan Abdul Rahman, 36, selaku plaintif diwakili oleh peguam Mohd. Zubairi Salleh dan Mohd. Rafizi Abdullah. Beliau menamakan Singer (Malaysia) Sdn. Bhd. yang beralamat di Lot 6, Jalan 51/217, Seksyen 51, Petaling Jaya, Selangor atau PT 2528/2529, Tingkat 2, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu sebagai defendan dalam kes berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: