Tuesday, January 12, 2010

Skim tipu guna nama kementerian

KUALA LUMPUR - Selain berjanji mendapatkan keuntungan lumayan kepada orang ramai, kini skim pelaburan haram berasaskan pertanian di negara ini semakin berani menjaja nama kementerian.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar ketika mendedahkan perkara itu berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai dan masalah tersebut sudah dibawa ke peringkat Kabinet.

"Kini kita ada dua perkara yang kita bincangkan iaitu mengenai iklan kursus atau projek yang menggunakan nama kementerian dan kedua mengenai projek pertanian kontrak yang telah disalah guna," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: