Friday, January 8, 2010

Singapura buru artis bertopeng


SEORANG lelaki berdiri dekat sebuah peti pos yang mengandungi contengan grafiti di sebuah stesen komuter di Singapura semalam.

SINGAPURA - Kempen pengiklanan menerusi lakaran dinding atau grafiti oleh firma pos, SingPost memakan diri apabila ia dianggap perbuatan vandalisme oleh polis Singapura yang kemudian memburu seorang artis bertopeng kerana melakukan perbuatan itu.

Kempen pengiklanan SingPost berjudul Express Yourself itu melibatkan seorang artis grafiti yang digelar sebagai Inkman.

Dia membuat contengan pada enam peti pos pada 1 Januari lalu.

Insiden itu mengejutkan penduduk tempatan kerana pentadbiran Singapura mengenakan hukuman berat iaitu penjara tiga tahun atau lapan sebatan terhadap pelaku vandalisme.

Lukisan grafiti itu dibuat untuk menghebahkan pelancaran satu pertandingan seni peti pos sempena Singapura menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Belia pertama pada Ogos depan.

Firma SingPost ialah penaja sukan tersebut tetapi polis tidak menganggap kempen itu sebagai satu jenaka.

"Polis akan mengetengahkan isu itu kepada firma SingPost disebabkan ia mencetuskan kekecohan awam selain merugikan harta benda," kata polis Singapura.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: