
Sikap Shila yang terlalu liar membuatkan ibu bapanya berasa kecewa dan menghantarnya ke kampung untuk menyedarkannya. Namun perkenalannya dengan Ain, yang mempunyai wajah seirasnya, memberikan satu idea untuknya. Dengan menawarkan wang lumayan, Shila telah mengarahkan Ain untuk mengambil alih tempatnya menjalani hukuman di kampung. Sepanjang hukuman Ain yang disangka Shila, amat disenangi di kampung. Manakala, Shila pula tetap dengan sikapnya yang liar sehingga ibu Ain kecewa kerana menyangka Ain sudah berubah sikap.
Segala rahsia antara Shila dan Ain terbongkar apabila Shila ditahan pihak polis di sebuah kelab malam. Malah Shila didapati positif dadah kerana dianiaya teman lelakinya. Rahsia yang telah terbongkar ini akhirnya diketahui ibu bapa Shila. Adakah Shila sesal akan kesilapan terhadap kedua orang tuanya? Dan adakah Ain pula kehilangan ibunya yang telah dikasari Shila? Saksikan telemovie Fotokopi terbitan Enuja Production Sdn Bhd lakonan Shereen Ibrahim, Hairul Azreen, Mahmood Ali Bashah, melalui saluran TV1, hari ini jam 3.05 petang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: