Saturday, January 9, 2010

Sapawi pulang langkah kanan

SAPAWI (tengah) diapit Samsul (kiri) dan Khazree Musa bersama tangkapan masing-masing.
SAPAWI (tengah) diapit Samsul (kiri) dan Khazree Musa bersama tangkapan masing-masing.

KUALA LUMPUR: Linangan air mata cukup menggambarkan perasaan Sapawi Omar, 35, yang muncul juara Pertandingan Memancing Pembuka Tirai Joran 2010 di Taman Tasik Titiwangsa di sini, Ahad lalu. Sapawi yang resah memikirkan kedudukan kewangan keluarga selepas berhenti kerja dua minggu lalu, bersyukur mendapat durian runtuh sebanyak RM12,000 serta hadiah lain berupa perkakasan memancing dan hamper pada pertandingan itu.

KUALA LUMPUR: Linangan air mata cukup menggambarkan perasaan Sapawi Omar, 35, yang muncul juara Pertandingan Memancing Pembuka Tirai Joran 2010 di Taman Tasik Titiwangsa di sini, Ahad lalu.

Sapawi yang resah memikirkan kedudukan kewangan keluarga selepas berhenti kerja dua minggu lalu, bersyukur mendapat durian runtuh sebanyak RM12,000 serta hadiah lain berupa perkakasan memancing dan hamper pada pertandingan itu.

Pemancing dari Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor, itu mengakui tertekan kerana tidak mempunyai wang untuk membeli peralatan persekolahan, pakaian, kasut serta buku anak-anak selepas berhenti kerja sebagai pemotong rumput.


“Pepatah orang-orang tua ada menyebut tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Saya terperanjat apabila pengacara mengumumkan saya sebagai juara keseluruhan serta menang hadiah utama RM12,000.

“Saya anggap hadiah ini sebagai durian runtuh. Dengan wang ini, dapatlah mengurangkan beban saya membeli peralatan persekolahan, pakaian, kasut serta buku yang diminta anak-anak,” katanya sambil menitis air mata kegembiraan.

Hadiah pemenang disampaikan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mahfar Ali.

Turut hadir, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat New Straits Times Press (NSTP) Berhad, Abdul Rahman Hashim; Pengurus Kanan Perhubungan Komunikasi Korporat Bernas, Roslan Othman dan Pengurus Taman Tasik Titiwangsa, Bistamam Che Long.

Menceritakan kejayaannya menaikkan ikan toman, Sapawi berkata, beliau menggunakan umpan anak keli dan mensasarkan ikan toman yang diketahui banyak di Tasik Titiwangsa.

“Saya hanya mengambil masa 20 minit untuk mendaratkan ikan toman seberat 5.85 kilogram. Saya tidak menghadapi masalah kerana rata-rata pemancing memberi ruang ketika bertarung,” katanya.

Naib juara, Samsul Kamal Shafi, 27, ketika ditemui pula berkata, ramai peserta menarik nafas lega apabila penganjur mengeluarkan tongsan daripada kategori spesies khas ketika pertandingan berlangsung.

Menceritakan pengalamannya, Samsul Kamal berkata, beliau menggunakan dedak 929 yang digaul dengan pelbagai ramuan lain dan menanti sejam sebelum ia diragut.

“Nyata tuah menyebelahi saya apabila seekor tongsan seberat 3.86 kilogram tersangkut di mata kail. Ini adalah suatu permulaan yang baik pada tahun ini dan saya berhasrat menyertai GP Joran jika berpeluang,” katanya.

Tempat ketiga dan keempat pertandingan itu dimenangi Khazrae Musa dan Sauli Abd Manaf. Khazrae membawa pulang wang tunai RM2,000 manakala Sauli sebanyak RM1,000.

Antara syarikat yang menaja hadiah ialah TCE Tackles; UFL Coleman; Noraini’s Cookies; Hot Perfumes; Cita Rasa 88/Jambu 88; Gardenia; Adabi; Bernas; Raudhah Herb dan Superbest Power.

Pada pertandingan itu, sebanyak 30.42 kilogram ikan dari 10 spesis ikan dipertandingkan, didaratkan peserta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: