Friday, January 22, 2010

Risau untuk bersalin


Dannii Minogue

PENYANYI kelahiran Australia, Dannii Minogue mula berasa risau dirinya terlalu tua untuk mengandung. Dannii, 38, yang mengumumkan dia kini mengandung anak pertamanya awal bulan ini terkejut apabila doktor memberitahu dia akan berhadapan dengan masalah semasa bersalin nanti.

“Beberapa tahun lalu, saya berjumpa dengan doktor dan dia memberitahu saya berada dalam tahap saya perlu membuat keputusan sama ada untuk mempunyai anak atau tidak.

“Ketika itu saya berfikir, 'Oh Tuhan. Kini saya tergolong dalam kumpulan wanita yang terlalu tua untuk mengandung.'

Namun, saya memberitahu doktor ia tidak menjadi isu kerana saya tidak mempunyai teman hidup. Jadi berkemungkinan besar saya tidak akan mengandung,” katanya kepada surat khabar Daily Mirror.

Idea itu mula berubah apabila Dannii bertemu dengan bekas pemain ragbi, Kris Smith, 31, semasa bercuti di Ibiza pada tahun 2008. Justeru, Dannii kini perlu membahagikan masa di Australia dan United Kingdom.

Kata Dannii, Kris seorang yang tenang tetapi mereka kini berdepan dengan masalah menentukan tempat untuk membesarkan anak mereka.

“Nasib baik Kris seorang yang tenang kerana saya sudah mula panik mengenai semua benda - bayi, hidup bersama dan bekerja berjauhan. Ia kelihatan kompleks.

“Namun, ia adalah menarik untuk berdepan dengan masalah yang timbul kerana perasaan cinta.

“Hidup saya berubah sama sekali. Maksud saya, semuanya lebih segar, baru dan mengujakan,” tambah Dannii.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: