PENAMPILAN sulung pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin di layar perak menerusi Bicara Hati, mencatat kenangan manis apabila dia menang anugerah Bintang Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-17 (2004).
Kejayaan awal Fazura itu memberi semangat padanya untuk mengembangkan bakat dalam lakonan.
Berdasarkan bakat lakonan dalam diri, Fazura makin mendapat kepercayaan produser dan pengarah untuk membawa watak utama menerusi filem dan drama.
Fazura, 25, turut mencipta populariti menerusi filem lain antaranya Senario XX, Qaisy & Laila dan Gol & Gincu pada 2005, diikuti Kayangan (2007) dan Selamat Pagi Cinta (2008). Paling membanggakan, lakonannya menerusi Pisau Cukur arahan Bernard Chauly yang ditayangkan pada 5 November lalu mencatat sambutan menggalakkan dengan kutipan sebanyak RM2.4 juta.
Mengenai perkembangan filem baru, pelakon berasal dari Pekan, Pahang ini akan muncul dengan filem Kantoi arahan Ahmad Ibrahim (Mat London) yang dijangka tayangannya pada tahun ini. Dalam filem ini, Fazura bergandingan bersama Yassin Senario sebagai pelakon utama di samping pelakon lain seperti Rozita Che Wan, Rosnah Johari dan Roy Azman.
Dalam sibuk berlakon, Fazura turut meraih kejayaan peribadi apabila dilantik sebagai duta baru produk kecantikan terkenal, Avon.
Pemilihan Fazura yang juga menjadi jurucakap produk kegemaran wanita di seluruh dunia ini, dilihat bersesuaian mengikut kehendak Avon yang mencari duta versatil dan mempunyai keperibadian tinggi.
Kata Fazura, jenama Avon sinonim dengan kehidupan wanita yang sentiasa mementingkan aspek kecantikan. Biarpun artis sibuk dengan kerjaya seni tetapi dia tetap mementingkan penampilan diri yang cantik dengan penggunaan produk kecantikan yang sesuai.
"Avon menjadi jenama yang dikenali jutaan wanita di negara ini. Sudah tentu, menjadi 'wajah' pada produk ini menjadi impian semua wanita dan kini saya berpeluang mengecapinya.
"Bagi saya, personaliti seperti Oprah Winfrey, Grace Kelly dan mendiang Puteri Diana menjadi inspirasi pada kehidupan saya. Lalu, apabila saya pula dilantik sebagai duta Avon, saya mahu bekerja keras agar diri saya dapat menjadi inspirasi pada orang lain.
"Saya percaya sesiapa saja berupaya menjadi individu yang dihormati dan mampu mencapai impian diidamkan. Apa yang penting, kita kekal tulus pada diri sendiri dan berusaha tanpa putus asa, segalanya mungkin untuk dicapai," katanya.
Kerjasama Fazura bersama Avon menambah variasi pada senarai selebriti popular yang pernah menggalas tanggungjawab sama seperti Reese Witherspoon, Courteney Cox dan Patrick Dempsey. Ini membuktikan kerjasama Avon bersama selebriti popular dalam bidang fesyen dan hiburan menjadi satu kepentingan.
Menerusi pelantikan Fazura sebagai duta Avon, produk ini memperkenalkan kempen Fiesta Haruman di semua butik Avon seluruh negara bermula 1 Januari lalu.
Sebelum ini, Avon berbangga dengan produk minyak wangi yang digemari ramai wanita antaranya Far Away, Butterfly dan Sweet Honesty.
Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai produk minyak wangi Avon, boleh menghubungi talian bebas tol, 1 800 22 2866 atau layari laman web, www.avon.com.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: