
![]() |
| KERATAN Kosmo! 3 Jun 2009. |
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kelemahan pengawasan dan proses pembinaan secara tergesa-gesa turut dikaitkan dengan kejadian itu hasil laporan 10 penyiasat bebas yang dilantik oleh kementerian.
Katanya, laporan tersebut telah dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan salinan laporan turut diserahkan kepada kerajaan negeri Terengganu dan pejabat Peguam Negara.
"Kita berharap kerajaan negeri Terengganu boleh menggunakan laporan 10 penyiasat bebas ini untuk mengambil langkah-langkah susulan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau jalan susur lebuh raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) Hubungan Kerinchi dan Hartamas ke Hubungan Penchala di sini semalam.
Shaziman berkata, JKR juga telah memaklumkan kepada kerajaan Terengganu bahawa kerja-kerja mengubah runtuhan dan pembaikan boleh dijalankan segera.
Akhbar sebelum ini melaporkan dalam kejadian pada 2 Jun lalu, bumbung stadium itu yang bernilai RM292 juta menempatkan pintu A, B, dan B1 ke tempat duduk awam serta tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan runtuh.
Sementara itu, mengulas mengenai kesesakan lalu lintas di persimpangan Mont Kiara dan Sri Hartamas, Shaziman berkata, masalah tersebut dijangka selesai dalam tempoh enam bulan lagi.
Katanya, jalan susur dari persimpangan tersebut tidak dapat disiapkan sepenuhnya disebabkan Sprint berhadapan dengan masalah kerja-kerja mengambil alih tanah.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: