Thursday, January 21, 2010

Rakyat Malaysia terselamat gempa Haiti selamat pulang


JAMES LAM (memegang Byanca) bersama Lian Chong (kanan), Xavier, dan Joanne ketika tiba di LCCT, Sepang semalam.

SEPANG - Tiada apa yang dapat digambarkan selain ungkapan rasa syukur selepas terselamat dalam kejadian gempa bumi dahsyat yang melanda Haiti minggu lepas, kata Mejar (B) James Lam.

Mejar Lam yang merupakan warga Malaysia bersama isterinya Lee Lian Chong selamat tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang di sini malam tadi dengan menaiki pesawat AirAsia X D72009.

Beliau yang agak keletihan dan terkejut dengan kehadiran wartawan pada awalnya enggan ditemubual, namun kemudiannya menceritakan serba sedikit mengenai pengalamannya ketika kejadian.

"Sukar untuk saya gambarkan keadaan semasa itu kerana ia berlaku terlalu pantas dan amat mengejutkan, apatah lagi ketika itu saya sedang memandu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: