![]() |
| |
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr. Baharom Jani (gambar) ketika mendedahkan senario itu berkata, kegiatan pemborong terbabit mula terbongkar apabila pihaknya mendapati kouta pengeluaran beras subsidi ST15 melebihi had yang ditetapkan iaitu 40,000 tan metrik sebulan sejak November lalu.
"Daripada laporan yang saya terima, ada pemborong di Kedah menyimpan beras sehingga 300 metrik tan, lebih daripada kuota yang dibenarkan ketika berlaku kekurangan bekalan, tetapi persoalannya kenapa pemborong tidak edarkannya ke pasaran sebaliknya simpan sebagai stok mereka?
"Kita juga dapati mereka ini merupakan pemborong yang paling banyak dapat kuota beras. Sekarang saya sedang menunggu penjelasan daripada mereka dan kita akan ambil tindakan, kalau perlu kita ganti dengan orang lain," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: