Wednesday, January 27, 2010

Penjara jadi lokasi fesyen


MODEL-MODEL menunjukkan fesyen terbaru Calvin Klein di
Penjara tahanan Reman Queenstown di Singapura, baru-baru ini.

SINGAPURA - Penjara tahanan Reman Queenstown di sini yang tidak lagi digunakan pada tahun lalu kini menjadi lokasi koleksi fesyen Calvin Klein 2010.

"Saya berpendapat fesyen yang dipamerkan menunjukkan ia direka di tempat ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Calvin Klein Inc., Tom Murry.

Semasa model-model menyiapkan diri dengan memakai pakaian yang akan diperagakan, tetamu-tetamu fesyen berlegar-legar di pekarangan penjara semasa mereka mendengar celoteh DJ dari menara pemerhati.

Pertunjukan itu merupakan yang pertama diadakan di penjara tersebut yang mengandungi 388 bilik penjara.

Penjara itu akan diruntuhkan tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: