Tuesday, January 12, 2010

Penjara 15 tahun 'hadiah' hari jadi


MAZUKI (kiri) dan Asswadie (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kuantan setelah mereka dijatuhi hukuman penjara 15 tahun atas kesalah menyebabkan kematian.

KUANTAN - Hukuman penjara 15 tahun menjadi 'hadiah' hari lahir kepada seorang pekerja bengkel di sini selepas dia didapati bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki mabuk.

Pekerja bengkel, Asswadie Shah Khairudin yang genap umur 23 tahun semalam dijatuhi hukuman penjara 15 tahun bersama rakannya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, Mazuki Zakaria, 28, di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Asswadie dan Mazuki dijatuhi hukuman tersebut selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mariana Yahya mendapati kedua-dua tertuduh bersalah dengan niat menyebabkan kematian Amran Samad, 47, dalam pergaduhan melibatkan seorang lagi suspek yang hanya dikenali sebagai Syed Amir yang masih bebas.

Kejadian tersebut berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Dato Wong Ah Jang di sini pada 1 September 2007.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: