Monday, January 11, 2010

Penganjur tanaman roselle lesap RM1j

PASIR GUDANG: Dengan bermodalkan beberapa keping gambar dirakam bersama personaliti terkenal tanah air, seorang penganjur pelaburan produk minuman berasaskan tanaman roselle didakwa melesapkan wang pelaburan lebih RM1 juta daripada kira-kira 370 pelabur sekitar negeri ini.

MANA DUIT...pengusaha roselle menunjukkan surat perjanjian jual beli dan laporan polis.
MANA DUIT...pengusaha roselle menunjukkan surat perjanjian jual beli dan laporan polis.

Malangnya, pelabur hanya menyedari mereka ditipu apabila pulangan dijanjikan itu tidak menjadi kenyataan, manakala kawasan tanaman roselle yang didakwa diusahakan di tanah rancangan Felda itu didapati ditumbuhi lalang dan semak.

Pengerusi bertindak kumpulan pelabur terbabit, Hamdan Mohd Isa, 56, berkata pelabur terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta dan ibu tunggal terperangkap dan tertipu dengan helah penganjur pelaburan menggunakan gambar bersama beberapa personaliti terkenal tanah air.

Menurutnya, bagi meyakinkan pelabur, penganjur berkenaan, lelaki berusia lingkungan 50-an menunjukkan gambarnya bersama ahli politik tersohor selain beberapa ikon yang pernah mengharumkan nama negara.

Katanya, mengikut senarai pelabur yang diperoleh, hampir 70 hingga 80 pelabur berasal dari Pasir Gudang dan Masai manakala bakinya dari Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

“Ketika promosi pelancaran skim pelaburan syarikat pada 2007, dia menjanjikan masa depan cerah kepada semua pelabur konon mereka sudah mempunyai pasaran luas di seluruh negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: