![]() |
| |
SHAH ALAM - Orang ramai khususnya doktor di klinik atau hospital yang didatangi seorang lelaki yang cedera akibat terkena tembakan di bahu kanan dalam kejadian di tempat letak kereta di Hotel Tower View, Pusat Perdagangan Seri Kembangan dekat Serdang kelmarin agar melaporkan kepada polis.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata (gambar), lelaki berusia 30-an itu ditembak pada pukul 8.30 malam selepas sepasukan anggota polis mengesan sebuah kereta Toyota Camry berada dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kereta di hotel tersebut.
"Nombor plat pendaftaran pada kereta itu berbeza dengan nombor pendaftaran pada cukai jalan yang dipamerkan," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut beliau, empat anggota polis itu kemudian terus memeriksa kenderaan itu sebelum mereka terkejut apabila kereta itu dihidupkan secara tiba-tiba.
"Pemandu yang ada dalam kereta itu kemudian memandu kenderaan itu secara mengundur dan nyaris melanggar seorang anggota polis yang ada di belakang kereta," kata beliau.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: