Wednesday, January 6, 2010

Paparazzi takutkan Cameron


CAMERON

Sudah menjadi lumrah dalam hidup selebriti terkenal bahawa setiap pergerakan mereka pasti ingin diketahui semua orang. Itulah harga yang perlu dibayar oleh aktres terkenal Hollywood, Cameron Diaz apabila dia kehilangan hak privasinya apabila terlalu ramai jurugambar atau lebih dikenali sebagai paparazzi mengekorinya.

Cameron bukan tidak memahami minat orang ramai terhadapnya namun kelakuan para paparazzi yang semakin agresif terhadap dirinya sejak dia menempa populariti dalam filem The Mask pada tahun 1994 membuatkan dia agak bimbang.

"Ada sesetengah orang kata menjadi selebriti terkenal hanya perlu menangani masalah paparazzi dengan senyuman tetapi itu mungkin 10 tahun. Hari ini keadaannya sudah tidak sama, paparazzi semakin ganas dan menakutkan.

"Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada masyarakat Amerika kerana semua perkara ini (paparazzi) wujud dengan tiba-tiba sahaja. Rasanya saya hanya perlu menghadapinya dengan tenang. Ini sebahagian apa yang masyarakat jangka daripada orang seperti saya," katanya.

Aktres berusia 37 tahun itu mengatakan walaupun dia sudah sedekad dalam bidang itu namun dia masih cuba memahami semua perkara tentang menjadi seorang selebriti terkenal.

"Saya sangat berhati-hati dengan perkataan yang diluahkan dan dengan siapa saya bercakap. Saya sedar apa yang saya katakan boleh diputar belit dan boleh menjadi isu yang besar. Malangnya saya tidak mempunyai kuasa untuk mengawal semua itu," ulasnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: