Sunday, January 24, 2010

Nurul tak tahan sejuk



BERCERITA dengan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin memang menyeronokkan. Dia banyak idea, bijak dan tidak lekang dengan senyuman.

Pengalaman berada dalam produksi Majalah Tiga (M3) membuatkan wanita berusia 26 tahun ini tampak lasak dan tidak takut dengan banyak perkara. Dia seorang yang berani melawan rasa takut dan gemarkan cabaran.

"Sekarang saya dan pihak M3 sedang 'bercuti'. Kami sedang mencari tugasan untuk musim akan datang," ujarnya yang menyenaraikan antara tugasan akan datang termasuk isu hukuman sebat dan menyelam dengan ikan yu.

Malah sebagai tanda hormat kepada status guru yang diibaratkan sebagai lilin, pihak produksi dan Nurul merangka satu tugasan untuk menghargai kerjaya tersebut.

"Tidak ramai yang tahu bahawa tragedi banjir lumpur di Pos Dipang melibatkan guru-guru yang mengajar di sana," ujarnya sayu.

Menurut Nurul Syuhada, dia tertarik menjadi wartawan dan pengacara sebuah produksi sebegini kerana sifat ingin tahu konflik yang berlaku di dalam setiap peristiwa atau kejadian.

Terserlah sifat percaya diri gadis ini. Senyuman manis si pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Samudera ini ternyata merupakan tarikan utama peminatnya melekat di kaca televisyen.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: