Tuesday, January 12, 2010

Nelayan Thai didenda lebih RM1j


SEBAHAGIAN nelayan asing yang dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam.

KUANTAN - Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhkan hukuman denda RM500,000 terhadap seorang tekong bot nelayan Thailand manakala 11 awak-awak didenda RM50,000 setiap seorang selepas mereka mengaku bersalah menceroboh perairan Malaysia di sini pada 4 Januari lalu.

Menurut fakta kes, mereka yang berumur antara 20 dan 50 tahun dituduh melakukan kesalahan tersebut di kawasan 87 batu nautika dari perairan Kuantan pada pukul 7.54 malam untuk tujuan menangkap ikan tanpa permit yang sah sebelum ditahan oleh pasukan Maritim Malaysia (APMM).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: