![]() |
| bienda MENGAKUI HATINYA SUDAH DIMILIKI OLEH SEORANG JEJAKA. |
Ekoran itu banyak spekulasi dicetuskan. Pelbagai dakwaan dikaitkan dengan penyanyi itu.
Namun, pada pertemuan dengan Hits baru-baru ini, artis popular ini ketika diajukan perkara yang sama sekali lagi dengan keputusannya tidak mengia mahupun menidakkan kisah berkenaan.
Bahkan, dengan jawapan klasik, 'no comment', yang terpacul dari mulutnya ialah nantikan saja tarikh 10 Oktober depan untuk mendengar berita baik daripadanya.
"Saya tidak dapat memberi sebarang penjelasan tentang cerita mengenai saya yang dicanangkan itu sama ada saya sudah bertunang atau bernikah.
"Tunggu sahajalah 101010 (10 Oktober 2010) ini kerana ia merupakan tarikh yang istimewa buat saya dan kejutan buat semua.
"Saya harap semua orang dapat menghormati keputusan dan pilihan yang saya buat ini, sampai masa saya akan khabarkan jua," ujar pemilik nama Norrazlinda Razli ini ketika ditemui di majlis Malam Amal Hidayah 2010 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tidak menafikan yang hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang jejaka, namun Bienda tetap terus berahsia akan siapakah gerangan lelaki tersebut.
Menurut Bienda, pilihan hatinya adalah orang biasa, sedikit berusia daripadanya dan semestinya hubungan mereka berdua direstui keluarga.
Bienda mempunyai alasan tersendiri kerana dia lebih selesa merahsiakan kisah peribadinya kerana bimbang apa yang dirancang tidak menjadi.
Baginya, hal peribadi biarlah diceritakan pada penghujung tahun nanti dan buat masa sekarang biarlah orang ramai lebih menumpukan terhadap kerjayanya yang telah direncanakan pada tahun ini.
Ketika ini, Bienda sibuk memberi tumpuan pada penerbitan album terbarunya, Bienda... Kenaliku, yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.
Mengetengahkan konsep world music, penerbitan albumnya kali ini melibatkan komposer-komposer hebat seperti Yassin dan Edrie Hashim.
Menurut Bienda, album ini memuatkan lapan buah lagu dan empat daripadanya lagu baru iaitu Kenaliku, Fatarmogana dan Usah Kau Tanya.
Album ini juga turut memuatkan sebuah lagu duet bersama ibunya, Sheeda, yang bertajuk Usah Kau Tanya.
Manakala, lagu Mimpi Laila dendangan Yasin yang pernah memenangi Anugerah Juara Lagu 2001 dirakamkan semula olehnya dengan susunan muzik baru.
Selain itu, Bienda juga memuatkan kembali lagu Syurga Neraka (ditulis oleh Edrie) yang pernah disampaikan bersama Amy Search dan Youm Wara Youm dinyanyikan bersama Akbar termasuk lagu Penantian yang pernah melonjakkan namanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: