Monday, January 18, 2010

Mangsa tertimbus 97 jam diselamatkan


SEORANG wanita berjaya dikeluarkan dari runtuhan sebuah pasar raya di Port-au-Prince semalam.

PORT-AU-PRINCE - Pasukan penyelamat Amerika Syarikat (AS) berjaya mengeluarkan seorang wanita yang masih hidup setelah mangsa terperangkap lebih 97 jam di dalam timbunan runtuhan sebuah universiti di sini, Haiti.

Seorang anggota penyelamat turut memberikan air kepada tiga mangsa masih hidup yang menjerit meminta bantuan dari dalam runtuhan sebuah pasar raya di sini.

Wanita berkenaan, Nadine Cardoso lemah kerana mengalami dehidrasi tetapi tidak cedera selepas dia dikeluarkan dari runtuhan Hotel Montana awal semalam.


BEBERAPA anggota penyelamat berjaya menyelamatkan Cardoso dari celah runtuhan di hotelnya di Port-au-Prince semalam.

Orang ramai dan petugas penyelamat di sekitarnya bertepuk tangan melihat wanita itu yang merupakan pemilik bersama hotel berkenaan, berjaya ditarik keluar.

Anak lelakinya berkata, dia dapat mendengar jeritan ibunya dari dalam timbunan runtuhan itu sebelum mangsa diselamatkan 12 jam kemudian

"Ia satu keajaiban kecil. Nyawanya masih liat," kata suami wanita itu, Reinhard Riedl.

Namun, usaha menyelamat cucu lelaki saudara wanita Cardoso yang berusia tujuh tahun terpaksa dihentikan setelah gempa susulan menyebabkan ruang dalam runtuhan itu tertimbus. - AP

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: